Wednesday, May 19, 2010

Terniat mahu sambung pelajaran?

Karangkraf labur RM10 juta bantu golongan kurang mampu

KOTA DAMANSARA – Golongan kurang mampu yang ingin melanjutkan pengajian di peringkat lebih tinggi kini masih berpeluang mengubah hidup mereka dengan mengikuti program Dana Pendidikan Dan Pembangunan Kerjaya Karangkraf – Kolej SEGi.
Perjanjian dua hala di antara Karangkraf dan SEGi ini telah dilangsungkan di Kolej SEGi, Kota Damansara baru-baru ini. Penerbit Eksekutif Kumpulan Karangkraf, Firdaus Datuk Hussamuddin dan Pengarah Pembangunan Perniagaan Kumpulan SEGI, Ailin Ton Datuk Isahak telah menandatangani dokumen perjanjian tersebut.
Majlis turut disaksikan oleh Menteri Pengajian Tinggi Malaysia, Datuk Mustapha Mohamad, Pengarah Urusan Kumpulan Karangkraf, Datuk Hussamuddin Yaacub dan Pengerusi Kumpulan SEGi, Datuk Pahamin A. Rajab.
Melalui program ini sebanyak RM10 juta diperuntukkan bagi membiayai 100 peratus yuran peningkatan kemahiran orang ramai, khususnya pembaca setia penerbitan Kumpulan Karangkraf yang berminat mengikuti kursus yang ditawarkan.
Antara kursus yang ditawarkan di SEGi seperti Perakaunan, Kejuruteraan, Seni Kreatif, Pengurusan Hotel dan Pelancong di peringkat diploma dan ijazah sarjana muda 3+0 dengan kerjasama universiti bersekutu SEGi.
Selain itu, dana ini juga terbuka kepada yang berminat dalam bidang vokasional. 10 program latihan yang turut ditawarkan seperti Pelukis Pelan Kejuruteraan Awam, Juruteknik Sistem Komputer, Pereka bentuk Multimedia, Pereka Grafik, Kerani Tempahan, Pemandu Pelancongan, Penyedia Makanan, Kapten Makanan dan Minuman, Penyelia Kaunter Hadapan dan Mekanik Kenderaan Bermotor.

0 comments:

Post a Comment

 

Blog Template by YummyLolly.com