Tuesday, June 1, 2010
Thursday, May 20, 2010
E@SISWA - JUN 2010- Latest issue! Get it now!
Salam, pembaca tersayang...
e@siswa isu Jun 2010 akan berada di pasaran minggu depan! Wow...memang banyak kisah menarik. Kulit depan kali ini menampilkan Juara Debat Bahasa Melayu anjuran UIAM 2010, iaitu Kolej Islam Sultan Alam Shah (KISAS), Klang. Tahniah ya...=) Anda semua memang hebat! Juara untuk kategori Bahasa Arab pula ialah SMA Al Hidayah, Johor dan juara untuk kategori English dimenangi oleh SMK (L) Methodist, KL...congrats guys! Tahun depan, kita tengok pula siapa yang akan mengungguli gelaran Juara utk setiap kategori...okay!!! =)
Scroll kat bawah ni, adalah pics sekitar Pertandingan Akhir Debat Antara Sekolah UIAM 2010 tu...juga, proses penggambaran kulit depan. Buat sekolah yang terlibat, TQ very much...awak semua memang hebat!
Best speakers from Al Hidayah, Methodist & KISAS
KISAS with e@siswa crews....
Wednesday, May 19, 2010
Terniat mahu sambung pelajaran?
Karangkraf labur RM10 juta bantu golongan kurang mampu
KOTA DAMANSARA – Golongan kurang mampu yang ingin melanjutkan pengajian di peringkat lebih tinggi kini masih berpeluang mengubah hidup mereka dengan mengikuti program Dana Pendidikan Dan Pembangunan Kerjaya Karangkraf – Kolej SEGi.
Perjanjian dua hala di antara Karangkraf dan SEGi ini telah dilangsungkan di Kolej SEGi, Kota Damansara baru-baru ini. Penerbit Eksekutif Kumpulan Karangkraf, Firdaus Datuk Hussamuddin dan Pengarah Pembangunan Perniagaan Kumpulan SEGI, Ailin Ton Datuk Isahak telah menandatangani dokumen perjanjian tersebut.
Majlis turut disaksikan oleh Menteri Pengajian Tinggi Malaysia, Datuk Mustapha Mohamad, Pengarah Urusan Kumpulan Karangkraf, Datuk Hussamuddin Yaacub dan Pengerusi Kumpulan SEGi, Datuk Pahamin A. Rajab.
Melalui program ini sebanyak RM10 juta diperuntukkan bagi membiayai 100 peratus yuran peningkatan kemahiran orang ramai, khususnya pembaca setia penerbitan Kumpulan Karangkraf yang berminat mengikuti kursus yang ditawarkan.
Antara kursus yang ditawarkan di SEGi seperti Perakaunan, Kejuruteraan, Seni Kreatif, Pengurusan Hotel dan Pelancong di peringkat diploma dan ijazah sarjana muda 3+0 dengan kerjasama universiti bersekutu SEGi.
Selain itu, dana ini juga terbuka kepada yang berminat dalam bidang vokasional. 10 program latihan yang turut ditawarkan seperti Pelukis Pelan Kejuruteraan Awam, Juruteknik Sistem Komputer, Pereka bentuk Multimedia, Pereka Grafik, Kerani Tempahan, Pemandu Pelancongan, Penyedia Makanan, Kapten Makanan dan Minuman, Penyelia Kaunter Hadapan dan Mekanik Kenderaan Bermotor.
Monday, May 17, 2010
Subscribe to:
Comments (Atom)